Selasa, 13 April 2010

Ayyamul hazan

Hampir sebulan tidak menulis catatan..pelbagai halangan mendatang..cuma sehari dua ini perasaan asyik dilanda hazan, sedih dan sayu...si adik kerana satu musibah yang tak diduga pada 3 April 2010..jam 11.30 pagi, Sabtu..telah mengalami kesakitan yang mengguris hati seorang ibu..airmataku sama sama mengalir dengan air matanya dlm perjalanan ke hospital..malang tiada yg dapat menduga..namun jauh di sudut hati ada kesal yang berbuku di hati ini.moga adik tabah dan ceria bersama tok ma dan tok ayoh di kampung halaman..siang dan malam ku bersulam rindu padanya ..apakan daya kami tiada pilihan lain demi memastikan adik dapat dijaga dengan baik dalam keadaan kami yang tidak mampu bercuti panjang menjaganya... 12 April...kereta yang ku pandu pula dilanggar orang..mujurlah kerugian sanggup ditanggung oleh pihak tersebut..kemudian 13 April, aku dikejut pula dengan lawatan oleh pihak atasan..mujurlah mereka datang kerana prestasi yg baik tahun 2009.maka ia menjadi benchmark bagi sekolah lain... teringat pula pada nasihat Nabi Yusof alaihissalam,setelah tujuh tahun bahagia beringatlah untuk tujuh tahun kesulitan...mungkin juga ia kifarah dosa ku ..apapun aku harus sentiasa bersangka baik dan mohon kekuatan dariNya..rinduku pada adik seakan menarikku untuk pulang menjenguknya hujung minggu ini..insyaAllah..

Khamis, 11 Mac 2010

Terima Kasih Cikgu...gaya Upin Ipin

Menjadi pendidik yang meninggalkan kesan di hati pelajar merupakan anugerah berharga buat seorang guru...terkenang waktu dulu..ketika di sek rendah..cikgu so'od,guru BM Tahun 1 dan cikgu normah,guru matematik antara guru kegemaranku..di ting 5 guru yang paling aku ingat hingga kini adalah cikgu syamsiah..guru matematik..aku agak lemah dalam matematik..beliau sanggup mengajarku persendirian di bilik guru selepas makan tengahari di asrama dan solat..hampir setiap hari..akhirnya aku yang sentiasa cukup makan, mendapat A1 dlm subjek tersebut..mungkinkah dia masih di sek yang sama atau di manakah dia.mungkin facebook dpt membantu....terasa ingin mengucup tangannya..seminggu lepas..ketika membelek akhbar terpandang pula seseorang yang ku kenal....cikgu ab talib hamid..guru BM SPM 95..beliau kini seorang pegawai pelajaran di daerah hulu langat..seorang yang dedikasi, penyayang, penyabar dan sopan santun..moga mereka yang pernah mendidikku dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan dalam hidup..terima kasih cikgu..

Sabtu, 27 Februari 2010

Ya Habibi Ya Rasulallah..

Pagi Jumaat 12 Rabiulawal..kelahiran kekasih Allah... yang amat kasihkan umatNya..sememangnya baginda uswah hasanah yang paling ideal sepanjang masa..aku selalu membayangkan alangkah bahagianya andai aku hidup sezaman dengan baginda..melihatnya nescaya mencintainya..namun aku masih lagi berpeluang bercinta dengan baginda dengan melaksanakan sunnahnya ..namun apa yang aku kesalkan..tidak juga aku mencuba menyintainya sepenuhnya..banyak yang tidak aku contohi..datangnya maulid kali ini doaku moga aku lebih bersemangat mencontohi baginda dalam setiap gerak dan langkah ku sehari-hari..insyaAllah..Ya Rasulullah walau aku tidak pernah melihat wajahmu..aku harus berusaha untuk sentiasa merinduimu..

Bersediakah kita..?

Tanda-tanda bahawa dunia sudah terlalu tua usianya telah banyak..namun mengapa kita hambaNya masih lagi leka dengan buaian nikmat dunia..beratnya rasa untuk bangun berbicara denganNya di hening malam..bertahajjud memohon ampun segala khilaf kita padaNya..walaupun kita telah tergerak secara semulajadi untuk menunaikan hajat di bilik air..lantas terus lena semula..betapa masa banyak dihabiskan sia-sia..alangkan yang sunat, yang wajib pun dibuat sambil lewa..Ya Allah..ku mohon padaMu terangilah hati ini dengan cahayaMu yang tidak kunjung malap..aku sering kali sibuk dengan urusan dunia..kuatkan iman dan hatiku agar sentiasa kuat dan bertenaga untuk melakukan ibadah yang dapat mendekatkanku kepada Mu..hidupku dan matiku hanya keranaMu Ya Allah Ya Rahim..

Nasib si kecil

Hati tersayat saat menatap berita adik Syafiah, 3,yang didera sedemikian rupa..Ya Allah, apakah di zaman ini, nyawa manusia hanya satu mainan bagi manusia yang mempunyai hati nan tidak bercahaya lagi..hati juga tidak dapat membayangkan betapa pedih dan lukanya badan dan jiwa anak kecil itu saat didera tanpa daya untuk melawan..betapa kini manusia semakin kalut pegangan rohaninya..berapa banyak pula kes yang berpunca dari hubungan yang tidak sah antara 'bapa' dan 'ibu' yang ditangan mereka hancurnya hidup anak kecil yang naif dan baru mengenal dunia..moga beliau tenang di syurga dan tiada lagi duka dalam neraka dunia baginya selama ini..al-Fatihah.

Khamis, 18 Februari 2010

Adikku Pandai Belajar..

Adikku yang paling muda ini memang menyerlah dalam pelajaran..UPSR 5A's dan PMR 8A's..baru Rabu lepas dia mendaftar MRSM K.Krai dulunya di MRSM P.Tumboh..dia juga pengikut setia blog ku..katanya aku tidak banyak menulis..maklumlah kekangan masa membataskanku..dia lahir tika aku baru menjejakkan kaki di ting 4 sebuah SBP..namanya juga cadangan dariku..cuti SPM yang panjang aku mengasuhnya dan abangnya..dia 2 thn 1/2 tika itu..selesai makan dan mandi aku suka menakutkannya dengan bunyi sejenis burung yg kedengaran di belakang rumah kami..dia akan tidur di dalam buaian kain batik..pukul 11 lebih waktu pagi aku bersamanya akan berjalan kaki menjemput abangnya di tadika..waktu pulang hujung minggu di matriks..dia mainan kami..sekolah rendah..dia baik dan cemerlang..ramai juga peminat..entah lah kerana apa..cute agaknya..dia tidak mengendahkannya hingga ada nota dalam kasutnya dari peminat yang tidak disedarinya..kini dia sudah remaja yang jauh lebih tinggi dariku..moga Pok Dik menjadi anak yang baik dan mendengar kata..juga pelajar yang cemerlang dan slumber..he he indie boy katakan..

Ayah Ibu...

Cuti Tahun Baru Cina ku luangkan masa menziarahi ayah ibu dan mertua di kampung halaman..walaupun awalnya ada perkara lain perlu dibereskan namun cuti yang berbaki digunakan untuk pulang menjenguk mereka..alhamdulillah kami selamat pulang dan kembali ke kota semula dalam kesesakan jalan raya..pengalaman menjadi ibu dan ayah kini membuatkan aku mengenang kembali pahit maung ma dan ayah membesarkan kami adik beradik..betapa aku mengagumi semangat mereka..kesabaran mereka kerana aku juga menghadapi saat-saat marahku memuncak bila berdepan dengan karenah anak yang tidak makan dipujuk..apakah aku dulu anak yang menyenangkan hati mereka..atau membuatkan mereka sentiasa gundah..adakah kini aku masih menggembirakan mereka atau sentiasa melukakan mereka..aku juga sebenarnya sukar meneka perasaan orang tua kerana mereka bijak menyembunyikan rahsia hati mereka..walau terasa tersinggung masih cuba tersenyum melayani anak cucu..betapa besarnya hati mereka yang aku rasa belum tentu mampu aku contohi..bercakap teori memang enteng namun tidak semudah melaksanakannya..tidak bermakna kita tinggi dengan ilmu formal tinggi juga nilai akhlaknya..cuma apa yang ku harap mereka sentiasa memaafkan anaknya ini dan aku sedaya mungkin cuba untuk tidak mengguris mereka..namun ianya bukan mudah..ayah ibu itulah permulaan kami ..dapat melihat bulan dan matahari..terima kasih ayah ibu atas segala yang kau curahkan padaku..ampunkan dosaku yang sengaja atau tidak..sesungguhnya aku jua kini kian merasai detik membesarkan anak seperti kalian jua..