Khamis, 18 Februari 2010

Ayah Ibu...

Cuti Tahun Baru Cina ku luangkan masa menziarahi ayah ibu dan mertua di kampung halaman..walaupun awalnya ada perkara lain perlu dibereskan namun cuti yang berbaki digunakan untuk pulang menjenguk mereka..alhamdulillah kami selamat pulang dan kembali ke kota semula dalam kesesakan jalan raya..pengalaman menjadi ibu dan ayah kini membuatkan aku mengenang kembali pahit maung ma dan ayah membesarkan kami adik beradik..betapa aku mengagumi semangat mereka..kesabaran mereka kerana aku juga menghadapi saat-saat marahku memuncak bila berdepan dengan karenah anak yang tidak makan dipujuk..apakah aku dulu anak yang menyenangkan hati mereka..atau membuatkan mereka sentiasa gundah..adakah kini aku masih menggembirakan mereka atau sentiasa melukakan mereka..aku juga sebenarnya sukar meneka perasaan orang tua kerana mereka bijak menyembunyikan rahsia hati mereka..walau terasa tersinggung masih cuba tersenyum melayani anak cucu..betapa besarnya hati mereka yang aku rasa belum tentu mampu aku contohi..bercakap teori memang enteng namun tidak semudah melaksanakannya..tidak bermakna kita tinggi dengan ilmu formal tinggi juga nilai akhlaknya..cuma apa yang ku harap mereka sentiasa memaafkan anaknya ini dan aku sedaya mungkin cuba untuk tidak mengguris mereka..namun ianya bukan mudah..ayah ibu itulah permulaan kami ..dapat melihat bulan dan matahari..terima kasih ayah ibu atas segala yang kau curahkan padaku..ampunkan dosaku yang sengaja atau tidak..sesungguhnya aku jua kini kian merasai detik membesarkan anak seperti kalian jua..

0 ulasan: