Khamis, 23 Februari 2012

Hambatan waktu


Benar kata pujangga..masa itu ibarat pedang..jika kamu mengabaikannya ..percayalah suatu masa ia akan memotong kamu..lewat hari-hari yang ku lalui kebelakangan ini.. semakin ku akui kebenarannya..namun bilakah kekuatan akan datang untuk aku memulakan kembali penulisan dan kajian aku yang sudah semakin berhabuk di jendela kamar ..Ya Allah, ku mohon permudahkanlah urusanku dan terangilah hati ini dengan nur Mu..
Hati juga dihambat debar menantikan esok ..tapi apakan daya ku.....inilah yang harus ku tempuhi setelah berpeluang menjejakkan kaki ke UK, Okt 2011..walaupun hanya 10 hari..aku perlu memastikan program i-THINK mirip Thinking Schools di UK dapat membantu anak didikku berfikir dengan lebih kritis dan kreatif... hem apakah kelas ku akan turut menjadi 'mangsa' lawatan pegawai-pegawai Agensi Inovasi Malaysia dan Kementerian Pelajaran...namun begitu ku akui ia memberikan aku pengalaman baru..alhamdulillah sesi pengajaranku ketika lawatan oleh Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia, Dato' Seri Dr Abd Ghafar agak berjaya dan mencapai matlamat yang diharapkan dan ku akui beliau mempunyai peribadi yang disenangi..murah dengan senyuman dan penyayang terhadap kanak-kanak...Esok debaran akan bermula lagi namun ku tahu lebih banyak kejutan akan menanti dalam bulan-bulan akan datang sepanjang projek rintis ini..
Cahaya-cahaya mataku kini semakin membesar dan memberikan kami berdua semakin banyak pengalaman yang mematangkan kami dalam memikul tanggungjawab kami sebagai ibubapa..Kakak kini di tahun 1..semoga beliau dapat mengikuti segala tunjuk ajar guru-gurunya..maaf mama tidak berada di samping mu ketika waktu persekolahan..moga hasrat mama untuk menjadikan kakak lebih berdikari tercapai..Adik kini menginjak usia 4 tahun..semakin aktif dan lasak..celotehnya menghidupkan suasana setelah seharian mama,papa dan kakak kepenatan dengan rutin masing-masing..kerapkali adik bermain dan melompat sendirian bila kakak terlena kepenatan..
Moga hari-hari yang akan kami semua lalui sentiasa bahagia dan dikurniakan rahmat olehNya..kerana aku percaya..segala rancangan kami tidak akan sekali-kali mampu mengatasi rancangan Allah s.w.t..andai kata suatu hari kami ditakdirkan akan menangis semahunya...ku harapkan kami redha segalanya ..percaya dengan takdirNya..moga kami dapat memahami rahmat yang terselindung di sebaliknya..Amin

Khamis, 14 April 2011

Hati Yang Rapuh

Kenapa sukar untuk bersabar bila di kemuncak kemarahan? kerana tidak kuat pegangan dan iman di hati..syaitan yg menguasai tersenyum bangga...aduh..kenapa sekali lagi harus diulangi ..namun rasanya telah sedaya upaya diri menahan sabar..maafkan hamba yang hina ini ..nampaknya darjah kesabaran perlu ku tingkatkan lagi dlm menghadapi kerenah mereka..yg perlu ku didik walau mereka kurang kesedaran utk menerima ilmu..
Bebanan kerja bertambah tiap hari..terasa seolah robot yg bernyawa...ingin ku lari dari semuanya tetapi mana mungkin kerana semua itu tanggungjawab...Ya Allah..bantulah aku menghadapinya..memahami manusia disekelilingku..membantu aku mengubah sikap ku yg tidak elok..ikhlas lah aku dlm berkorban..di situ baru ku rasa manisnya..zahirkan pada diriku indahnya manusia dan persekitaran dlm hidup yg ku lalui hari ke hari..

Isnin, 21 Mac 2011

Harapan dan Impian Kami

Setelah hampir berbulan-bulan tidak menulis..baru kini terasa ringan tangan utk mencoret sesuatu..hem mungkin kerana semalam adalah hari yang bermakna dalam sejarah perkongsian hidup kami berdua..sedar tak sedar..hampir 9 tahun kami melayari bahtera rumahtangga bersama..diceriakan dengan kehadiran dua puteri.dari saat kami malu-malu ketika berjumpa..dating berdua jarang sekali..katanya dulu budgetnya perlu ditambah kerana dari berdua sentiasa bertiga atau empat..maklum perjumpaan kami sentiasa ditemani adik atau sahabat..kami bercinta sesungguhnya selepas berkahwin..kini kami masih lagi dalam proses menyesuaikan dan mengimbangi perasaan dan sikap kami..kadangkala sakit juga tergigit lidah..namun ia lumrah..moga dgn kehendak dan kuasa Ilahi...perkahwinan ini makin utuh hari demi hari..moga kami dijauhkan dari fitnah dan bencana..

Selasa, 24 Ogos 2010

Panggilan Haji..


Insyaallah..ma dan ayah akan menjadi pasangan jemaah haji pada tahun ini..akhirnya tercapai juga hasrat mereka berdua untuk menyempurnakan Rukun Islam kelima..kami adik beradik mendoakan mereka selamat pergi dan pulang..ma begitu sibuk dengan kelas hajinya..lucu pula mendengar celoteh ma tentang ayah yang kurang serius dengan kelas haji..mungkin dia telah cukup bersedia..segala persiapan ma dan ayah tidak dapat dibantu kerana kami jauh diperantauan kebanyakannya..hanya kiriman wang untuk membantu persiapan dapat dilakukan dari jauh..Aidilfitri ini adalah yang paling menyentuh hati bagiku..kerana ia perkumpulan kami adik beradik yang terakhir sebelum keberangkatan ma dan ayah..moga Allah memberikan kekuatan mental dan fizikal mengharungi lautan manusia dalam menyempurnakan ibadah haji nanti..

Sahabat Sejati...


Alhamdulillah setelah bertahun terputus hubungan..akhirnya aku dan sahabatku..Achik bertaut kembali menerusi SMS dan telefon..hampir 7 tahun kami tidak berhubungan..akhirnya dia menemuiku melalui blog suamiku..pelbagai perkembangan secara ringkas kami kongsi..mungkin jika ada kesempatan aku akan berkunjung ke kediamannya ..mungkin kunjungan hari raya..dia sahabat ku temui..berkenalan..berkongsi rahsia suka duka..aku juga turut mengingati sahabat lain yang manis belaka..Imah, Pie, Nira, Bahyah dan ramai lagi..moga mereka bahagia melayari perjalanan hidup yang pelbagai dimensinya..

Al-Fatihah buatmu..


Sehari sebelum Ramadhan, kami dikejutkan dengan berita kemalangan yang telah meragut nyawa salah seorang anak didikku..Allahyarhamah Syazrynna..beliau telah meninggal dunia akibat kereta yang dinaiki dirempuh kereta lain dlm perjalanan pulang ke KL dari kampungnya...pagi tadi tatkala aku terpandang adik kembarnya..Rynny..sayu hati apabila dia mengingatkanku kepada yang telah pergi..terbayang senyumannya, santunnya dan kerajinannya..sungguh beliau amat manis dan menyejukkan hati..moga dia ditempatkan di kalangan ahli Syurga..Amin..

Sabtu, 14 Ogos 2010

Kejamnya manusia..


Satu rutin ku setiap hari ialah membeli suratkhabar..kadangkala terfikir juga untuk berjimat dengan membaca online sahaja..namun biasanya banyak gangguan dari adik bila sahaja dia melihatku di meja laptop..lebih tenang membaca yang sebenar..itupun tetap bergelut dengan adik yang turut sibuk membaca..bila dibaca setiap hari, aku menjadi takut melihat perkembangan sosial manusia hari ini..segala berita pembunuhan, penculikan, rogol, samun, penderaan, buang bayi, penderhakaan kepada ibubapa, seperti satu ramuan wajib berita setiap hari...setiap hari, ulang lagi, setiap hari..apakah di hati manusia kini telah hilang sifat belas kasihan sesama manusia dan layaknya mereka disamakan dengan binatang..mungkin kita belum terngadah lagi kerana belum tiba masanya..ingatlah bahawa apabila datangnya bala dan peringatan dari Yang Esa, tidak siapa dapat mengelaknya.sama ada yang berdosa atau yang sekadar memandang sahaja..termenung jua aku..kerana aku juga tidak mampu berbuat apa..sesekali ku selitkan mesej yang berguna dalam pengajaran..moga anak didikku bukan hanya berilmu tetapi beramal dan berakhlak mulia hendaknya..