Selasa, 24 Ogos 2010

Panggilan Haji..


Insyaallah..ma dan ayah akan menjadi pasangan jemaah haji pada tahun ini..akhirnya tercapai juga hasrat mereka berdua untuk menyempurnakan Rukun Islam kelima..kami adik beradik mendoakan mereka selamat pergi dan pulang..ma begitu sibuk dengan kelas hajinya..lucu pula mendengar celoteh ma tentang ayah yang kurang serius dengan kelas haji..mungkin dia telah cukup bersedia..segala persiapan ma dan ayah tidak dapat dibantu kerana kami jauh diperantauan kebanyakannya..hanya kiriman wang untuk membantu persiapan dapat dilakukan dari jauh..Aidilfitri ini adalah yang paling menyentuh hati bagiku..kerana ia perkumpulan kami adik beradik yang terakhir sebelum keberangkatan ma dan ayah..moga Allah memberikan kekuatan mental dan fizikal mengharungi lautan manusia dalam menyempurnakan ibadah haji nanti..

Sahabat Sejati...


Alhamdulillah setelah bertahun terputus hubungan..akhirnya aku dan sahabatku..Achik bertaut kembali menerusi SMS dan telefon..hampir 7 tahun kami tidak berhubungan..akhirnya dia menemuiku melalui blog suamiku..pelbagai perkembangan secara ringkas kami kongsi..mungkin jika ada kesempatan aku akan berkunjung ke kediamannya ..mungkin kunjungan hari raya..dia sahabat ku temui..berkenalan..berkongsi rahsia suka duka..aku juga turut mengingati sahabat lain yang manis belaka..Imah, Pie, Nira, Bahyah dan ramai lagi..moga mereka bahagia melayari perjalanan hidup yang pelbagai dimensinya..

Al-Fatihah buatmu..


Sehari sebelum Ramadhan, kami dikejutkan dengan berita kemalangan yang telah meragut nyawa salah seorang anak didikku..Allahyarhamah Syazrynna..beliau telah meninggal dunia akibat kereta yang dinaiki dirempuh kereta lain dlm perjalanan pulang ke KL dari kampungnya...pagi tadi tatkala aku terpandang adik kembarnya..Rynny..sayu hati apabila dia mengingatkanku kepada yang telah pergi..terbayang senyumannya, santunnya dan kerajinannya..sungguh beliau amat manis dan menyejukkan hati..moga dia ditempatkan di kalangan ahli Syurga..Amin..

Sabtu, 14 Ogos 2010

Kejamnya manusia..


Satu rutin ku setiap hari ialah membeli suratkhabar..kadangkala terfikir juga untuk berjimat dengan membaca online sahaja..namun biasanya banyak gangguan dari adik bila sahaja dia melihatku di meja laptop..lebih tenang membaca yang sebenar..itupun tetap bergelut dengan adik yang turut sibuk membaca..bila dibaca setiap hari, aku menjadi takut melihat perkembangan sosial manusia hari ini..segala berita pembunuhan, penculikan, rogol, samun, penderaan, buang bayi, penderhakaan kepada ibubapa, seperti satu ramuan wajib berita setiap hari...setiap hari, ulang lagi, setiap hari..apakah di hati manusia kini telah hilang sifat belas kasihan sesama manusia dan layaknya mereka disamakan dengan binatang..mungkin kita belum terngadah lagi kerana belum tiba masanya..ingatlah bahawa apabila datangnya bala dan peringatan dari Yang Esa, tidak siapa dapat mengelaknya.sama ada yang berdosa atau yang sekadar memandang sahaja..termenung jua aku..kerana aku juga tidak mampu berbuat apa..sesekali ku selitkan mesej yang berguna dalam pengajaran..moga anak didikku bukan hanya berilmu tetapi beramal dan berakhlak mulia hendaknya..

Ahlan Ya Ramadhan


Alhamdulillah.akhirnya aku bertemu kembali dengan Ramadhan yang dinanti..solat terawih tidak ku lupa walaupun hanya di rumah sendirian.itupun setelah adik dan kakak lena...abang seperti biasa menunaikan terawih di masjid atau surau terdekat..bacaan al-Quran cuba ku usahakan walaupun tidak selalu..almaklum komitmen pada anak dan gangguan dari mereka membantutkan bacaanku..cuma ku harap amal ku seharian dapat dikira ibadah andainya aku seikhlasnya melaksanakannya..tidak banyak beza dari hari biasa dari sudut menu..jika berkesempatan ,aku memasak ala kadar.jika tidak, hanya dibeli dari pasar Ramadhan..persiapan raya telah dilakukan awal-awal lagi..cuma baju Melayu abang belum dicari..ungu mungkin tema kami kali ini..kakak telah belajar berpuasa walaupun hanya ketika di tadika...hampir 12 tgh dia akan berbuka..liat juga untuk dia bersahur..dia sudah sibuk bertanya bilakah hari raya jika terpandang baju rayanya..moga aku memanfaatkan Ramadhan sebaik nya dengan membaca al-Quran sekerap mungkin,terawih setiap malam, banyakkan sedekah dan cuba membuang sifat mazmumah dalam diri..

Tahniah buatmu..


Isnin lepas..9 Ogos.aku menemani bonda menyaksikan adikku yg ke 5,'kak' menerima ijazahnya..tahniah buat mu setelah berhempas pulas hampir 4 tahun akhirnya ia membuahkan kemanisan..kini adik masih meyambung diploma kehakiman syarie untuk mencapai impiannya bergelar peguam syariah..insyaAllah..terimbau kembali nostalgia menghadiri graduasi diri sendiri..suami tersayang..momen ini indah sekali bila dikenang..bilakah lagi aku akan mengalaminya? insyaAlah masanya akan tiba..

Sabtu, 15 Mei 2010

Hari Keluarga..


1 Mei lepas..rumah ku meriah dengan kehadiran adik-adik dan ibubapa dr kg..Oh dan Hanin n the coming baby, Dah, Wani dan Yie, Ma, Ayoh menghiburkan hati anak ku yang sudah lama tidak menerima kunjungan saudara..aktiviti kami ialah masak, makan, kemas..tonton t.v,masak, makan, kemas, ...borak-borak, jalan-jalan ke JUSCO..hampir setiap masa aku ke dapur..barulah berasap dapurku yg biasanya sepi pd hari bekerja..hanya tiga orang shj adik beradik yg tiada bersama..K.Long, La dan Adik..moga ukhuwwah kami akan sentiasa terjalin erat hingga akhir hayat kami..i love u all..

Selamat Hari Guru..


Esok Hari Guru..kalungan terima kasih ingin ku tujukan buat guru-guru ku yang pernah mendidikku ..SK Pauh Lima, 1984-1989, SMU(A) Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu, 1990-1993, Kolej Islam Sultan Alam Shah, 1994-1995, Matrikulasi UM Nilam Puri, 1996-1998, APIUM, 1999-2001,kerana mereka yang telah banyak berjasa menunjuk ku jalan yang cerah sepanjang masa...tidak lupa juga warga pensyarah Maktab Perguruan Persekutuan P.Pinang, 2003, moga mereka kini bahagia ceria..juga buat pendidik Pasti yg gigih penyayang mendidik anakku...benar manusia mungkin tahu yang betul dan salah tanpa guru ..tapi tanpa guru mungkin segalanya akan hanya betul belaka atau salah belaka..yang membezanya didikan dari seorang guru..kini aku juga seorang dari mereka..pagi tadi gotong royong perdana menghimpunkan semua guru seluruh wilayah di sek masing-masing..agak lucu apakah ini hadiah istimewa kami..tak mengapalah..bagus juga menghabiskan banyak masa di sek terutamanya hari Sabtu..cuti Sabtu hampir tinggal sejarah bagiku..sedih pula bila kakak berpesan , mama jangan lambat ye....

Selasa, 13 April 2010

Ayyamul hazan

Hampir sebulan tidak menulis catatan..pelbagai halangan mendatang..cuma sehari dua ini perasaan asyik dilanda hazan, sedih dan sayu...si adik kerana satu musibah yang tak diduga pada 3 April 2010..jam 11.30 pagi, Sabtu..telah mengalami kesakitan yang mengguris hati seorang ibu..airmataku sama sama mengalir dengan air matanya dlm perjalanan ke hospital..malang tiada yg dapat menduga..namun jauh di sudut hati ada kesal yang berbuku di hati ini.moga adik tabah dan ceria bersama tok ma dan tok ayoh di kampung halaman..siang dan malam ku bersulam rindu padanya ..apakan daya kami tiada pilihan lain demi memastikan adik dapat dijaga dengan baik dalam keadaan kami yang tidak mampu bercuti panjang menjaganya... 12 April...kereta yang ku pandu pula dilanggar orang..mujurlah kerugian sanggup ditanggung oleh pihak tersebut..kemudian 13 April, aku dikejut pula dengan lawatan oleh pihak atasan..mujurlah mereka datang kerana prestasi yg baik tahun 2009.maka ia menjadi benchmark bagi sekolah lain... teringat pula pada nasihat Nabi Yusof alaihissalam,setelah tujuh tahun bahagia beringatlah untuk tujuh tahun kesulitan...mungkin juga ia kifarah dosa ku ..apapun aku harus sentiasa bersangka baik dan mohon kekuatan dariNya..rinduku pada adik seakan menarikku untuk pulang menjenguknya hujung minggu ini..insyaAllah..

Khamis, 11 Mac 2010

Terima Kasih Cikgu...gaya Upin Ipin

Menjadi pendidik yang meninggalkan kesan di hati pelajar merupakan anugerah berharga buat seorang guru...terkenang waktu dulu..ketika di sek rendah..cikgu so'od,guru BM Tahun 1 dan cikgu normah,guru matematik antara guru kegemaranku..di ting 5 guru yang paling aku ingat hingga kini adalah cikgu syamsiah..guru matematik..aku agak lemah dalam matematik..beliau sanggup mengajarku persendirian di bilik guru selepas makan tengahari di asrama dan solat..hampir setiap hari..akhirnya aku yang sentiasa cukup makan, mendapat A1 dlm subjek tersebut..mungkinkah dia masih di sek yang sama atau di manakah dia.mungkin facebook dpt membantu....terasa ingin mengucup tangannya..seminggu lepas..ketika membelek akhbar terpandang pula seseorang yang ku kenal....cikgu ab talib hamid..guru BM SPM 95..beliau kini seorang pegawai pelajaran di daerah hulu langat..seorang yang dedikasi, penyayang, penyabar dan sopan santun..moga mereka yang pernah mendidikku dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan dalam hidup..terima kasih cikgu..

Sabtu, 27 Februari 2010

Ya Habibi Ya Rasulallah..

Pagi Jumaat 12 Rabiulawal..kelahiran kekasih Allah... yang amat kasihkan umatNya..sememangnya baginda uswah hasanah yang paling ideal sepanjang masa..aku selalu membayangkan alangkah bahagianya andai aku hidup sezaman dengan baginda..melihatnya nescaya mencintainya..namun aku masih lagi berpeluang bercinta dengan baginda dengan melaksanakan sunnahnya ..namun apa yang aku kesalkan..tidak juga aku mencuba menyintainya sepenuhnya..banyak yang tidak aku contohi..datangnya maulid kali ini doaku moga aku lebih bersemangat mencontohi baginda dalam setiap gerak dan langkah ku sehari-hari..insyaAllah..Ya Rasulullah walau aku tidak pernah melihat wajahmu..aku harus berusaha untuk sentiasa merinduimu..

Bersediakah kita..?

Tanda-tanda bahawa dunia sudah terlalu tua usianya telah banyak..namun mengapa kita hambaNya masih lagi leka dengan buaian nikmat dunia..beratnya rasa untuk bangun berbicara denganNya di hening malam..bertahajjud memohon ampun segala khilaf kita padaNya..walaupun kita telah tergerak secara semulajadi untuk menunaikan hajat di bilik air..lantas terus lena semula..betapa masa banyak dihabiskan sia-sia..alangkan yang sunat, yang wajib pun dibuat sambil lewa..Ya Allah..ku mohon padaMu terangilah hati ini dengan cahayaMu yang tidak kunjung malap..aku sering kali sibuk dengan urusan dunia..kuatkan iman dan hatiku agar sentiasa kuat dan bertenaga untuk melakukan ibadah yang dapat mendekatkanku kepada Mu..hidupku dan matiku hanya keranaMu Ya Allah Ya Rahim..

Nasib si kecil

Hati tersayat saat menatap berita adik Syafiah, 3,yang didera sedemikian rupa..Ya Allah, apakah di zaman ini, nyawa manusia hanya satu mainan bagi manusia yang mempunyai hati nan tidak bercahaya lagi..hati juga tidak dapat membayangkan betapa pedih dan lukanya badan dan jiwa anak kecil itu saat didera tanpa daya untuk melawan..betapa kini manusia semakin kalut pegangan rohaninya..berapa banyak pula kes yang berpunca dari hubungan yang tidak sah antara 'bapa' dan 'ibu' yang ditangan mereka hancurnya hidup anak kecil yang naif dan baru mengenal dunia..moga beliau tenang di syurga dan tiada lagi duka dalam neraka dunia baginya selama ini..al-Fatihah.

Khamis, 18 Februari 2010

Adikku Pandai Belajar..

Adikku yang paling muda ini memang menyerlah dalam pelajaran..UPSR 5A's dan PMR 8A's..baru Rabu lepas dia mendaftar MRSM K.Krai dulunya di MRSM P.Tumboh..dia juga pengikut setia blog ku..katanya aku tidak banyak menulis..maklumlah kekangan masa membataskanku..dia lahir tika aku baru menjejakkan kaki di ting 4 sebuah SBP..namanya juga cadangan dariku..cuti SPM yang panjang aku mengasuhnya dan abangnya..dia 2 thn 1/2 tika itu..selesai makan dan mandi aku suka menakutkannya dengan bunyi sejenis burung yg kedengaran di belakang rumah kami..dia akan tidur di dalam buaian kain batik..pukul 11 lebih waktu pagi aku bersamanya akan berjalan kaki menjemput abangnya di tadika..waktu pulang hujung minggu di matriks..dia mainan kami..sekolah rendah..dia baik dan cemerlang..ramai juga peminat..entah lah kerana apa..cute agaknya..dia tidak mengendahkannya hingga ada nota dalam kasutnya dari peminat yang tidak disedarinya..kini dia sudah remaja yang jauh lebih tinggi dariku..moga Pok Dik menjadi anak yang baik dan mendengar kata..juga pelajar yang cemerlang dan slumber..he he indie boy katakan..

Ayah Ibu...

Cuti Tahun Baru Cina ku luangkan masa menziarahi ayah ibu dan mertua di kampung halaman..walaupun awalnya ada perkara lain perlu dibereskan namun cuti yang berbaki digunakan untuk pulang menjenguk mereka..alhamdulillah kami selamat pulang dan kembali ke kota semula dalam kesesakan jalan raya..pengalaman menjadi ibu dan ayah kini membuatkan aku mengenang kembali pahit maung ma dan ayah membesarkan kami adik beradik..betapa aku mengagumi semangat mereka..kesabaran mereka kerana aku juga menghadapi saat-saat marahku memuncak bila berdepan dengan karenah anak yang tidak makan dipujuk..apakah aku dulu anak yang menyenangkan hati mereka..atau membuatkan mereka sentiasa gundah..adakah kini aku masih menggembirakan mereka atau sentiasa melukakan mereka..aku juga sebenarnya sukar meneka perasaan orang tua kerana mereka bijak menyembunyikan rahsia hati mereka..walau terasa tersinggung masih cuba tersenyum melayani anak cucu..betapa besarnya hati mereka yang aku rasa belum tentu mampu aku contohi..bercakap teori memang enteng namun tidak semudah melaksanakannya..tidak bermakna kita tinggi dengan ilmu formal tinggi juga nilai akhlaknya..cuma apa yang ku harap mereka sentiasa memaafkan anaknya ini dan aku sedaya mungkin cuba untuk tidak mengguris mereka..namun ianya bukan mudah..ayah ibu itulah permulaan kami ..dapat melihat bulan dan matahari..terima kasih ayah ibu atas segala yang kau curahkan padaku..ampunkan dosaku yang sengaja atau tidak..sesungguhnya aku jua kini kian merasai detik membesarkan anak seperti kalian jua..

Rabu, 10 Februari 2010

Malaysiaku..

Akhirnya aku berjaya menghabiskan kursus BTN selama 5 hari di P.D. Penamatnya 1 Feb 2010...Pelbagai catatan suka duka mewarnainya..terima kasih Zai, Zira dan Linda yang sentiasa bersamaku..walau kita baru mengenali moga kita kan terus menyemarakkan persahabatan ini..rindu pula berceloteh dengan mereka..dapat juga aku berkongsi tips kesihatan..maklumlah nurse yang berpengalaman katakan...jua buat ahli LDK yang mesra belaka..farina, soh, angeline, adibah, hafiza, chin, fauzan, roslam, fahmum, zu, wan dan tak dilupakan en fuad, fasi yang sporting...kasihan papa menjaga si adik dan kakak sendirian..anak-anak didikku yang riuh juga ku rindui terutamanya dari darjah dua yang comel dan nakal juga..mungkin mereka mengingatiku juga ..entah kerana rindu nak belajar atau kerana sedikit ganjaran yang ku beri bila dapat menyempurnakan kerja sekolah..apapun aku percaya mendidik anak kecil memerlukan pendekatan yang lebih mesra, keibuan dan sekali sekala diajak bermain, bergembira..namun ketegasan tetap penting agar mereka lebih fokus..setelah hampir 7 tahun menceburi dunia pendidikan..aku masih mencari teknik terbaik untuk menarik minat kanak-kanak untuk belajar..sebentar lagi aku harus menemani dan menunjuk ajar kakak menyiapkan kerja rumah..bukan tugas yang mudah juga..moga kakak dapat menerima ilmu dengan baik..mama akan sentiasa menemani kakak dalam suka dan duka...

Sabtu, 16 Januari 2010

Mama's Birthday



Wish u happiness mama..from Papa,Aisya n Qistina

Jumaat, 15 Januari 2010

Ahli baiti almahabbah

Kaifa halukum ahlal 'internet'..ana bikhair alhamdulillah..la allakum sa'adatan wa fadhlan aidhan ..Hem...hampir dua minggu menyepi..kadangkala tika terdetik mencoret..coverage pula bermasalah..hati terasa resah bila si kakak hampir 6 hari demam panas..paling ketara di waktu malam..alhamdulilah ujian darah menunjukkan tiada yang serius..si adik ceria sahaja..pulang ke rumah sudah menapak sendiri..tapi suka melencong bila tiba di pintu rumah..kesian pula kerana pergerakannya terbatas..si papa walau sibuk dengan pelbagai tugas rasmi maupun tidak..tetap sedia menghulurkan bantuan tika diperlukan terutamanya memujuk kakak minum ubat atau melayani adik yang acapkali menjengah aku memasak di dapur..kadangkala dia sendiri turun padang memasak bila aku mendapat migraine seperti selalu..dia juga memikul pelbagai jenis beg di pagi hari dibahu...kagum juga aku bila dia mampu membawa sekaligus pelbagai plastik bila pulang shopping barangan dapur..he he mungkin kerana dia biasa dilatih sebegitu ketika PALAPES dulu...apalah sangat beban sebegitu..alhamdulillah..hingga saat ini..menjangkau tujuh tahun perkahwinan kami..ceria dan bahagia walau kadangkala terpercik tempias amarah atau rajuk..namun itu hanyalah remah ratus menyedapkan lagi kawah kasih sayang kami..bagiku perkahwinan ini adalah hadiah sementara dari Allah untuk kami bahagia di dunia..hidup abadi adalah di sana..maka layarilah perkahwinan ini dengan rasa kehambaan kepadaNya..suami isteri tiada yang perlu bersifat autokratik..kerana kita semua milikNya..cuma suami yang tegas penting juga untuk memimpin isteri apabila tersasar..redhaNya pada redha suami jua...doaku moga kami sekeluarga menjadi ahli Syurga kerana sesungguhnya kami tidak mampu menghadapi siksa neraka walau kami bukanlah ahli abid yang sesungguhnya..kerdilnya kami Ya Allah..ila lliqa'

Isnin, 4 Januari 2010

Hari Pertama Sesi 2010

Agak lama menyepi diri..hampir sebulan..ketandusan idea dan kesibukan waktu sedikit sebanyak menghalang..hari ini anak didik memasuki kelas baru dengan pakaian serba baru..putih dan bersih..semoga semangat mereka juga makin meningkat pada tahun ini..terasa usia makin meningkat..alHamdulillah masih berkesempatan menghirup udara di bumi sementara ini..betapa pagi tadi aku bersyukur tidak terhingga kerana keluarga kami terhindar dari satu tragedi dengan kuasa-Nya..moga ia menjadi pengajaran berguna bagiku agar lebih berhati-hati..sayu rasanya berpisah dengan anak-anak yang telah menghabiskan masa cuti panjang bersama..keduanya meronta tidak ingin ditinggalkan..hati tersentuh kala membelek akhbar yang memaparkan pelbagai penderaan yang dilakukan oleh pembantu rumah..betapa sesungguhnya besarnya peranan hati dalam hidup manusia..andai bersih hatinya maka amalan anggotanya menjurus ke arah kebenaran dan kebaikan..andai kotor hatinya lahirlah kejahatan darinya..namun siapalah kita insan yang lemah..seringkali tidak dapat menafsir hati insan sekeliling kita..oleh itu mohonlah pada Allah s.w.t agar kita dihindari dari perbuatan jahat manusia yang berhati jahat di sekeliling kita..dan hendaknya kita jua memperbaiki keikhlasan dan kesucian hati kita dari sifat mazmumah yang sering ditiupkan oleh syaitan tiap masa..