Selasa, 24 November 2009

Langkah si comel


Hari ni masuk hari ke 2 si adik mula melangkah..dari 4,5 langkah menjadi 15langkah..serasa baru sahaja meribanya yang lena dalam selimut pink, dengan otot yang masih lemah..kini setelah 14 bulan berlalu, dia sudah semakin besar, Subhanallah, betapa agung kuasaNya yang mengatur perjalanan hidup seorang insan yang diciptaNya..telah ditetapkan rezeki, ajal, maut dan segalanya sebelum menjengah dunia lagi..kerana itu aku kagum dengan keyakinan kaum ibu zaman dulu-dulu yang tidak ragu melahirkan anak yang ramai walau pendapatan tidak seberapa..mereka yakin dengan rezeki anak-anak yang telah dikhususkan untuk mereka, namun tidak pula bermakna mereka sekadar berserah sahaja..ia membawa ingatan aku kepada kepayahan ma dan ayah membesarkan kami seramai 8 orang..dengan pendapatan yang tidak seberapa..mereka gigih berusaha demi persekolahan anak-anak..sempat juga aku merasa menjamu selera di tengah-tengah sumur tika mereka menanam padi, meredah rumput panjang dengan ayah tika dia menoreh getah..melompat-lompat di atas lori pasir tika dia bekerja memandu lori..dan paling akhir menaiki van untuk ke UM Nilam Puri tika ayah memandu van ..kini al-Hamdulillah, kami adik beradik telah berjaya dalam pelajaran masing-masing..sesungguhnya aku amat mengagumi semangat juang ma dan ayah yang mampu mendidik anak-anak dengan baik ke peringkat menara gading..aku sendiri tidak pasti adakah aku mampu melakukan perkara yang sama kepada anak-anak ku nanti..insyaAllah dengan usaha kami suami isteri, iringan doa dan tawakkal serta sokongan individu sekeliling, kami mengharapkan mereka menjadi hamba Allah yang solehah dan menyejukkan hati kami..

Ahad, 22 November 2009

Cuti cuti

Hem..hari ini masuk hari ke 2 cuti sekolah..si adik asyik nak bermanja.si kakak bukan main celotehnya meminta itu ini yang selalunya dapat dibuat sendiri..seronoknya mereka dapat bersama papa dan mamanya sepanjang hari..jumaat lepas hari terakhir sek..kenyang juga perut menikmati juadah walau sekadar pot luck dari anak-anak 3 Intan..insyaAllah tahun depan aku akan ketemu mereka lagi..ada juga yang bakal aku uruskan sebagai guru kelas 4 Emas 2010 ini..ada yang hampa bila tidak lagi di bawah kelolaan aku tahun depan..pelik juga heheh ..aku kan agak tegas terutamanya tentang kerja rumah dan kelakuan mereka..hari jum juga hari terakhir bersama anak-anak tahun 6..sekejap sahaja masa berlalu .mereka membesar di hadapan mataku..sudah semakin matang semuanya..insyaAllah ada ketentuan aku akan bertemu juga dengan mereka suatu masa dan suatu tempat yang hanya Dia mengetahui..cuma harapanku mereka sudi menyapa ku atau sekadar sebuah senyuman untuk aku ..cuma seorang pendidik yang pernah singgah dalam kembara ilmu mereka..sempat juga aku berpesan kepada adha radha nasheha yang pada ku akan menjadi someone yang berjaya suatu hari..agar melayari blog ini..mungkin sebagai perantara aku dengannya..dia tidak lupa menitipkan hadiah hari guru tempohari walaupun aku tidak lagi mengajarnya tahun ini..terima kasih ..juga buat tupperware comel dari tahun 6..walau kecil tetap bermakna..Hari itu juga aku bertungkus lumus menyiapkan sijil PLBS buat mereka bersama dengan Nurul dan Jannah..terima kasih kerana dengan bantuan mereka dapat juga aku menggunakan mail merge untuk sijil yang mencecah satu ratus lebih.hampir jam 5.30 baru kami pulang..sedih pula melihat tempat sebelahku yang kosong..moga Haslina berjaya di sek baru..dia teman yang ku kenal hampir 7 tahun..sejak dari M4P hingga ke sek ini..berbagai cerita telah kami kongsi..Aku juga tidak sabar menantikan si adik melangkah laju..nampaknya dia lebih suka menapak tanpa kami mendorongnya..huii sejuknya suasana sekarang..aku senang membiarkan balkoni terbuka luas, menikmati bunyi deraian hujan yang indah..namun hati teringat suasana bah di kampung ketika kecil-kecil dulu..pantang air bah aku dan adik akan berendam di baruh hadapan rumah yang tidaklah sedalam mana..namun tak lama sebelum ma menghambat kami dengan lidi..aku juga tidak lepas dari menangkap ikan di kubang hingga tempat mandi kami di rumah penuh dengan salutan lumpur kubang..lucunya bila esoknya aku akan ke temuduga untuk ke sek menengah..indah sungguh kenangan itu..

Khamis, 19 November 2009

UPSR 09

Hari ini sekali lagi hati rasa tersentuh melihat anak didik meraih 5A.Alhamdulillah jumlahnya bertambh ke 13 orang. Moga mereka menjadi terus cemerlang,teringat lagi ketika menjadi guru kelas mereka sejak tahun 3,4 dan 5,mereka sungguh mendengar kata.Hanya di tahun 6, aku tidak lagi membimbing mereka secara direct..tak disangka mereka telah semakin matang..yang lelaki suaranya makin garau, yang perempuan, makin manis dan malu-malu,adha yang sentiasa mendapat no 1, farah yang sopan selalu, rifqi yang comel, aidiel yang rajin, hazim yang hensem,will ee yang kreatif, seran yang sedikit nakal, syamimi yang pemalu,amirul yang kemas, zulaikha yang cute, aina, izzati dan amir, tahniah kerana berjaya meraih 5A. Ramai juga yang mendapat 4A..Walau apapun sakhsiah yang cemerlang cukup membuatkan hati seorang ibu merasa bahagia, bonus pula jika mereka pintar..Amin buat anak-anakku.
Pagi tadi cuma sempat menyediakan juadah ringkas untuk si kakak sebagai bekal jamuan akhir tahun sek..semalam dia bersungguh menunjukkan hadiag no 1 yang cukup disayanginya, sesekali mau juga dia membiarkan adiknya bermain alatulis dan buku hadiah milik kakak...kenangan semalam menghadiri jamuan akhir tahun guru di restoran seafood bangsar membawa ingatan kepada indahnya menikmati seafood di bawah hujan lebat petang itu.tapi sedikit hampa kerana tidak pula menjadi orang bertuah setiap kali cabutan..cuba lagi tahun depan..tapi dapat jugalah hadiah dari guru besar yang budiman..sebuah jam kristal..besar maknanya dan sebuah plak dari BKG..TERIMA KASIH..

Isnin, 16 November 2009

Panggilan Haji

Sayu rasa hati kala bersalaman dengan seorang sahabat Kak J yang akan mengerjakan haji Khamis ini..moga mendapat haji mabrur..sekilas dia bertanya..bila nak ke sana? memang telah ada perancangan dalam hati..cuma bila ditanya..terkesima..jawabku..insyaAllah sebelum usia 40 tahun..moga impian ini akan termakbul..sampai masanya aku dan suami tersayang akan menjejakkan kaki ke sana..sementara menantikan wang Tabung Haji mencukupi..kalau bleh lagi awal lagi bagus..

Sabtu, 14 November 2009

Hari Anugerah Cemerlang

Hari ni penat juga walaupun cuti..cuba melaksanakan yang terbaik untuk memastikan HAC berjalan lancar. Hati gembira melihat anak didik menaiki pentas..ibubapa senyum ke telinga sambil sibuk mengambil gambar..betapa sejuknya hati mereka yang mengandungkan anak yang pintar dan beradab sopan..moga permata hati kami juga begitu suatu hari nanti..insyaAllah..walau apapun kuasa Tuhan yang menentukan..terimalah anak dengan hati ikhlas dan redha walau dalam apa jua keadaan..andai kita telah cuba melakukan yang sedaya upaya dalam mendidik mereka dengan ilmu duniawi dan ukhrawi..takut juga memikirkan masa depan mereka..namun semuaNya telah ditakdirkan olehNya sejak mereka dalam rahim kita lagi..teringat pula saat mengkhabarkan berita gembira buat bonda tercinta waktu kecil-kecil dulu..walau tiada hadiah istimewa dari 'ma', cukup dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya..kini aku juga mengharapkan akan lahir perasaan sebegitu suatu hari..cuma sehari dua lepas, sedikit senyuman lahir apabila si kakak mendapat tempat pertama, baru exam sekolah asuhan 4 tahun..jauh lagi perjalanannya..

Jumaat, 13 November 2009

Sekeping Hati

Sabda Rasulullah SAW;
"Sesungguhnya di dalam tubuh tedapat segumpal daging. Apabila ia baik, maka seluruh tubuh pun baik. Dan bila ia rosak, maka rosaklah pula seluruh tubuh. Ingatlah! bahawa segumpal daging itulah yang dinamakan hati."

Kebersihan Batin dan Kebersihan Zahir

Kebersihan Batin dapat dilakukan dengan membersihkan hati dari akhlak-akhlak yang jelek, seperti sombong,riak,hasud,cinta keduniaan dan lain-lain. Juga dapat dilakukan dengan mengisi jiwa kita dengan budi pekerti yang terpuji,seperti tawadhuk,mempunyai rasa malu,ikhlas,dermawan dan sebagainya.
Kebersihan zahir dapat diperolehi dengan meninggalkan segala yang bertentangan dengan agama dan menjalankan segala sesuatu yang sesuai dengan tuntutan syariat islam. Barangsiapa menghiasi angota lahiriahnya dengan beramal soleh serta memperbaiki jiwanya dengan akhlaqul karimah,maka sempurnalah kebersihannya. Jika ia tidak mencapai kesempurnaan itu, tetapi masih berusaha menjalankan kebersihan itu,iapun masih mendapatkan bahagian kesempurnaan itu sesuai dengan berapa banyak akhlaqus sayyiah yang ia hindari dan berapa banyak amal soleh yang ia laksanakan.

Keberkatan Malam Hari

"Sesungguhnya Allah takjub kepada seseorang yang bangun dari tidurnya dan membangunkan di antara ahli keluarganya untuk mengerjakan solat (sunat). Dan Malaikat gembira dengan tindakannya, sedangkan Allah menghadapkan ZatNya yang mulia."

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Sesungguhnya di malam hari terdapat waktu yang (mustajabah) dan bila seorang muslim memohon kebaikan memohon kebaikan di dunia dan akhirat, Allah mengabulkan semua permohonannya. Dan waktu itu ada pada setiap malam."
(HR.Muslim dari Jabir)

Khamis, 12 November 2009

Kenangan Istimewa

20 Mac 2002 kami diijabkabulkan. 22 Julai 2005 kelahiran anak pertama (Nur'Aisya Sofea), 16 September 2008 kelahiran anak kedua (Nur Amna Qistina). Sepenuh kesyukuran dipanjatkan kepada ilahi atas anugerah ini.