Rabu, 2 Disember 2009

Suri rumah tangga


Setiap hari yang berlalu pada cuti sekolah ini.. terasa terisi dengan tugas sebagai ibu dan isteri..tanpa bebanan kerja pejabat..sepenuhnya perhatian tercurah kepada keluarga..awal pagi seusai subuh, membaca al-Quran sehelai dua..kemudian si manja-manjaku akan bangun agak awal yang tidak membenarkan aku meneruskan lagi tidurku..bermula dengan sarapan pagi..menyiram bungaku yang hanya empat pasu sekadar mengiri ruang yang terbatas..sesi mandi manda anak-anak di dalam besen air yang gamat tiap pagi..rehat-rehat..tonton t.v..menulis dan mewarna ..masak..makan tengahari ..kudapan ..solat..menyemak iqra' si kakak yang selalunya ingin melangkau iqra' 5& 6 walaupun dia masih iqra' 1..makan malam dan menonton t.v..anak-anak tidur ..aku menonton apa-apa movies yang lebih panjang masanya dari hari kerja..papa nya agak sibuk dengan tugas tambahannya di waktu cuti ini..namun anak-anak cukup seronok 'menguli' papa nya bila dia bersantai di depan t.v..adik pula sangat asyik berjalan ke sana ke mari untuk menguji skill yang baru diperolehi..bukankah rumahtangga, anak-anak dan kereta itu satu nikmat dunia yang dapat memberikan kebahagiaan kepada seorang hamba untuk hidup di dunia ini sebelum kembali ke alam baqa'..Aidiladha yang lalu agak panas cuacanya walaupun seminggu sebelumnya banjir di negeri sekebun bunga ini...seperti memahami niat kami untuk pulang beraya..cuaca panas pula sehari dua..peluang bersolat sunat hari raya memberi peluang kepadaku berada di dalam masjid kampungku yang telah tidak ku kunjungi untuk beberapa tahun..sebelum menjadi ibu dapat juga aku berterawih bila pulang ke kg.dan juga solat hari raya..namun dek kerana si manja-manjaku ..peluangnya tidak selalu datang...nampaknya ia telah diubahsuai..tampak lebih ceria dan baru..tahniah buat makcikku mok mah yang menerima dua orang menantu serentak..moga rumahtangga mereka kekal ke akhirnya..aku juga mendoakan begitu juga buat keluarga kami yang belum lagi matang usianya..mungkin kami akan diuji atau dianugerahkan nikmat..tiada yang tahu kecuali Dia..namun aku tahu bahawa Dia yang Maha Pengasih dan Mengetahui tidak akan membebankan hambaNya sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya..bahagia atau derita tidak datang begitu sahaja..segalanya ada maknanya tersendiri..mungkin sesetengahnya tidak dapat kita fahaminya dengan akal fikiran kita yang lemah..namun dengan melihatnya dari kacamata iman dan kepercayaan qada' dan qadar kepadaNya..insyaAllah kita akan menemui penawar setiap derita kita..