Hati tersayat saat menatap berita adik Syafiah, 3,yang didera sedemikian rupa..Ya Allah, apakah di zaman ini, nyawa manusia hanya satu mainan bagi manusia yang mempunyai hati nan tidak bercahaya lagi..hati juga tidak dapat membayangkan betapa pedih dan lukanya badan dan jiwa anak kecil itu saat didera tanpa daya untuk melawan..betapa kini manusia semakin kalut pegangan rohaninya..berapa banyak pula kes yang berpunca dari hubungan yang tidak sah antara 'bapa' dan 'ibu' yang ditangan mereka hancurnya hidup anak kecil yang naif dan baru mengenal dunia..moga beliau tenang di syurga dan tiada lagi duka dalam neraka dunia baginya selama ini..al-Fatihah.
Sabtu, 27 Februari 2010
Khamis, 18 Februari 2010
Adikku Pandai Belajar..
Adikku yang paling muda ini memang menyerlah dalam pelajaran..UPSR 5A's dan PMR 8A's..baru Rabu lepas dia mendaftar MRSM K.Krai dulunya di MRSM P.Tumboh..dia juga pengikut setia blog ku..katanya aku tidak banyak menulis..maklumlah kekangan masa membataskanku..dia lahir tika aku baru menjejakkan kaki di ting 4 sebuah SBP..namanya juga cadangan dariku..cuti SPM yang panjang aku mengasuhnya dan abangnya..dia 2 thn 1/2 tika itu..selesai makan dan mandi aku suka menakutkannya dengan bunyi sejenis burung yg kedengaran di belakang rumah kami..dia akan tidur di dalam buaian kain batik..pukul 11 lebih waktu pagi aku bersamanya akan berjalan kaki menjemput abangnya di tadika..waktu pulang hujung minggu di matriks..dia mainan kami..sekolah rendah..dia baik dan cemerlang..ramai juga peminat..entah lah kerana apa..cute agaknya..dia tidak mengendahkannya hingga ada nota dalam kasutnya dari peminat yang tidak disedarinya..kini dia sudah remaja yang jauh lebih tinggi dariku..moga Pok Dik menjadi anak yang baik dan mendengar kata..juga pelajar yang cemerlang dan slumber..he he indie boy katakan..
Ayah Ibu...
Cuti Tahun Baru Cina ku luangkan masa menziarahi ayah ibu dan mertua di kampung halaman..walaupun awalnya ada perkara lain perlu dibereskan namun cuti yang berbaki digunakan untuk pulang menjenguk mereka..alhamdulillah kami selamat pulang dan kembali ke kota semula dalam kesesakan jalan raya..pengalaman menjadi ibu dan ayah kini membuatkan aku mengenang kembali pahit maung ma dan ayah membesarkan kami adik beradik..betapa aku mengagumi semangat mereka..kesabaran mereka kerana aku juga menghadapi saat-saat marahku memuncak bila berdepan dengan karenah anak yang tidak makan dipujuk..apakah aku dulu anak yang menyenangkan hati mereka..atau membuatkan mereka sentiasa gundah..adakah kini aku masih menggembirakan mereka atau sentiasa melukakan mereka..aku juga sebenarnya sukar meneka perasaan orang tua kerana mereka bijak menyembunyikan rahsia hati mereka..walau terasa tersinggung masih cuba tersenyum melayani anak cucu..betapa besarnya hati mereka yang aku rasa belum tentu mampu aku contohi..bercakap teori memang enteng namun tidak semudah melaksanakannya..tidak bermakna kita tinggi dengan ilmu formal tinggi juga nilai akhlaknya..cuma apa yang ku harap mereka sentiasa memaafkan anaknya ini dan aku sedaya mungkin cuba untuk tidak mengguris mereka..namun ianya bukan mudah..ayah ibu itulah permulaan kami ..dapat melihat bulan dan matahari..terima kasih ayah ibu atas segala yang kau curahkan padaku..ampunkan dosaku yang sengaja atau tidak..sesungguhnya aku jua kini kian merasai detik membesarkan anak seperti kalian jua..
Rabu, 10 Februari 2010
Malaysiaku..
Akhirnya aku berjaya menghabiskan kursus BTN selama 5 hari di P.D. Penamatnya 1 Feb 2010...Pelbagai catatan suka duka mewarnainya..terima kasih Zai, Zira dan Linda yang sentiasa bersamaku..walau kita baru mengenali moga kita kan terus menyemarakkan persahabatan ini..rindu pula berceloteh dengan mereka..dapat juga aku berkongsi tips kesihatan..maklumlah nurse yang berpengalaman katakan...jua buat ahli LDK yang mesra belaka..farina, soh, angeline, adibah, hafiza, chin, fauzan, roslam, fahmum, zu, wan dan tak dilupakan en fuad, fasi yang sporting...kasihan papa menjaga si adik dan kakak sendirian..anak-anak didikku yang riuh juga ku rindui terutamanya dari darjah dua yang comel dan nakal juga..mungkin mereka mengingatiku juga ..entah kerana rindu nak belajar atau kerana sedikit ganjaran yang ku beri bila dapat menyempurnakan kerja sekolah..apapun aku percaya mendidik anak kecil memerlukan pendekatan yang lebih mesra, keibuan dan sekali sekala diajak bermain, bergembira..namun ketegasan tetap penting agar mereka lebih fokus..setelah hampir 7 tahun menceburi dunia pendidikan..aku masih mencari teknik terbaik untuk menarik minat kanak-kanak untuk belajar..sebentar lagi aku harus menemani dan menunjuk ajar kakak menyiapkan kerja rumah..bukan tugas yang mudah juga..moga kakak dapat menerima ilmu dengan baik..mama akan sentiasa menemani kakak dalam suka dan duka...
Sabtu, 16 Januari 2010
Jumaat, 15 Januari 2010
Ahli baiti almahabbah
Kaifa halukum ahlal 'internet'..ana bikhair alhamdulillah..la allakum sa'adatan wa fadhlan aidhan ..Hem...hampir dua minggu menyepi..kadangkala tika terdetik mencoret..coverage pula bermasalah..hati terasa resah bila si kakak hampir 6 hari demam panas..paling ketara di waktu malam..alhamdulilah ujian darah menunjukkan tiada yang serius..si adik ceria sahaja..pulang ke rumah sudah menapak sendiri..tapi suka melencong bila tiba di pintu rumah..kesian pula kerana pergerakannya terbatas..si papa walau sibuk dengan pelbagai tugas rasmi maupun tidak..tetap sedia menghulurkan bantuan tika diperlukan terutamanya memujuk kakak minum ubat atau melayani adik yang acapkali menjengah aku memasak di dapur..kadangkala dia sendiri turun padang memasak bila aku mendapat migraine seperti selalu..dia juga memikul pelbagai jenis beg di pagi hari dibahu...kagum juga aku bila dia mampu membawa sekaligus pelbagai plastik bila pulang shopping barangan dapur..he he mungkin kerana dia biasa dilatih sebegitu ketika PALAPES dulu...apalah sangat beban sebegitu..alhamdulillah..hingga saat ini..menjangkau tujuh tahun perkahwinan kami..ceria dan bahagia walau kadangkala terpercik tempias amarah atau rajuk..namun itu hanyalah remah ratus menyedapkan lagi kawah kasih sayang kami..bagiku perkahwinan ini adalah hadiah sementara dari Allah untuk kami bahagia di dunia..hidup abadi adalah di sana..maka layarilah perkahwinan ini dengan rasa kehambaan kepadaNya..suami isteri tiada yang perlu bersifat autokratik..kerana kita semua milikNya..cuma suami yang tegas penting juga untuk memimpin isteri apabila tersasar..redhaNya pada redha suami jua...doaku moga kami sekeluarga menjadi ahli Syurga kerana sesungguhnya kami tidak mampu menghadapi siksa neraka walau kami bukanlah ahli abid yang sesungguhnya..kerdilnya kami Ya Allah..ila lliqa'
Isnin, 4 Januari 2010
Hari Pertama Sesi 2010
Agak lama menyepi diri..hampir sebulan..ketandusan idea dan kesibukan waktu sedikit sebanyak menghalang..hari ini anak didik memasuki kelas baru dengan pakaian serba baru..putih dan bersih..semoga semangat mereka juga makin meningkat pada tahun ini..terasa usia makin meningkat..alHamdulillah masih berkesempatan menghirup udara di bumi sementara ini..betapa pagi tadi aku bersyukur tidak terhingga kerana keluarga kami terhindar dari satu tragedi dengan kuasa-Nya..moga ia menjadi pengajaran berguna bagiku agar lebih berhati-hati..sayu rasanya berpisah dengan anak-anak yang telah menghabiskan masa cuti panjang bersama..keduanya meronta tidak ingin ditinggalkan..hati tersentuh kala membelek akhbar yang memaparkan pelbagai penderaan yang dilakukan oleh pembantu rumah..betapa sesungguhnya besarnya peranan hati dalam hidup manusia..andai bersih hatinya maka amalan anggotanya menjurus ke arah kebenaran dan kebaikan..andai kotor hatinya lahirlah kejahatan darinya..namun siapalah kita insan yang lemah..seringkali tidak dapat menafsir hati insan sekeliling kita..oleh itu mohonlah pada Allah s.w.t agar kita dihindari dari perbuatan jahat manusia yang berhati jahat di sekeliling kita..dan hendaknya kita jua memperbaiki keikhlasan dan kesucian hati kita dari sifat mazmumah yang sering ditiupkan oleh syaitan tiap masa..










