Selasa, 24 November 2009

Langkah si comel


Hari ni masuk hari ke 2 si adik mula melangkah..dari 4,5 langkah menjadi 15langkah..serasa baru sahaja meribanya yang lena dalam selimut pink, dengan otot yang masih lemah..kini setelah 14 bulan berlalu, dia sudah semakin besar, Subhanallah, betapa agung kuasaNya yang mengatur perjalanan hidup seorang insan yang diciptaNya..telah ditetapkan rezeki, ajal, maut dan segalanya sebelum menjengah dunia lagi..kerana itu aku kagum dengan keyakinan kaum ibu zaman dulu-dulu yang tidak ragu melahirkan anak yang ramai walau pendapatan tidak seberapa..mereka yakin dengan rezeki anak-anak yang telah dikhususkan untuk mereka, namun tidak pula bermakna mereka sekadar berserah sahaja..ia membawa ingatan aku kepada kepayahan ma dan ayah membesarkan kami seramai 8 orang..dengan pendapatan yang tidak seberapa..mereka gigih berusaha demi persekolahan anak-anak..sempat juga aku merasa menjamu selera di tengah-tengah sumur tika mereka menanam padi, meredah rumput panjang dengan ayah tika dia menoreh getah..melompat-lompat di atas lori pasir tika dia bekerja memandu lori..dan paling akhir menaiki van untuk ke UM Nilam Puri tika ayah memandu van ..kini al-Hamdulillah, kami adik beradik telah berjaya dalam pelajaran masing-masing..sesungguhnya aku amat mengagumi semangat juang ma dan ayah yang mampu mendidik anak-anak dengan baik ke peringkat menara gading..aku sendiri tidak pasti adakah aku mampu melakukan perkara yang sama kepada anak-anak ku nanti..insyaAllah dengan usaha kami suami isteri, iringan doa dan tawakkal serta sokongan individu sekeliling, kami mengharapkan mereka menjadi hamba Allah yang solehah dan menyejukkan hati kami..

0 ulasan: